top of page
Untitled-2.png

PENGENALAN

BiF2022_latest_poster_14-07-2022.jpeg

BORNEO INNOVATION FESTIVAL 2022

​

UPIK PMBS bersama UPIK Zon Borneo telah merancang pelaksanaan pertandingan Borneo Innovation Festival 2022 (BIF’22). BIF 2022 adalah pertandingan projek inovasi peringkat kebangsaan yang terbuka kepada semua institusi, agensi dan sekolah. Pelaksanaan BIF 2022 ini adalah selaras dengan usaha Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) JPPKK bagi memastikan Inisiatif menggalakan inovasi, Kementerian Pengajian Tinggi dapat dilaksanakan.

 

Kewujudan BIF ini berasal dari Betong Innovation Festival yang dianjurkan oleh Politeknik Metro Betong Sarawak (PMBS) pada tahun 2017 dan 2018. Antara pengasas BIF ini ialah Timbalan Pengarah Akademik PMBS, En. Mohd Zamre Abdul Rahman. Pada tahun 2019, BIF dijenamakan semula kepada Borneo Innovation Festival dan merupakan platform kebangsaan yang pertama diwujudkan di Borneo untuk para perekacipta menonjolkan produk inovasi masing-masing.

 

Projek inovasi dipertandingkan mengikut 7 kategori yang ditetapkan. Yuran penyertaan sebanyak RM150.00 akan dikenakan untuk setiap penyertaan. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pensyarah dan pelajar institusi pengajian awam dan swasta, jabatan kerajaan serta pelajar-pelajar bagi sekolah-sekolah seluruh negeri.

 

Pertandingan ini berkonsepkan online di mana peserta boleh mengaplikasi penggunaan teknologi ICT dalam menghasilkan projek atau menjawab soalan-soalan panel.

KATEGORI PERTANDINGAN

Kategori 1

Pembinaan dan Bahan / Mesin / Peralatan 
(Construction & Material / Machine / Equipment)

Kategori 2

ICT & Multimedia
(ICT & Multimedia)

Kategori 3

Elektrik, Elektronik & Telekomunikasi
(Electric, Electronics & Telecommunication)

Kategori 4

Produk Hijau / Pertanian / Alam Sekitar / Tenaga Boleh Diperbaharui
(Green Product / Agriculture / Environment / Renewable Energy)

Kategori 5

Pengajaran & Pembelajaran
(Teaching & Learning)

Kategori 6

Rekabentuk Kreatif & Warisan
(Creative Design & Heritage)

Kategori 7

Makanan & Minuman 
(Food & Beverages)

SYARAT PERTANDINGAN

​

​

  1. Fokus pertandingan ialah mencungkil kreativiti peserta untuk mereka cipta inovasi bagi tujuan penyelesaian masalah-masalah tertentu.

  2. Projek inovasi dipertandingkan hendaklah dalam skop TUJUH (7) kategori yang ditetapkan.

  3. Hanya penyertaan yang lengkap dan bayaran penuh yang telah dijelaskan sebelum/pada 25 JULAI 2022 akan diterima dalam pertandingan. Yuran tidak dikembalikan sekiranya peserta menarik diri dari pertandingan.

  4. Setiap kumpulan hendaklah mempunyai tidak lebih dari EMPAT (4) orang ahli kumpulan termasuk penyelia. Maklumat dalam sijil adalah berdasarkan ejaan dan turutan semasa pendaftaran online.

  5. Projek mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak diplagiat dari internet atau sumber-sumber lain.

  6. Proses mereka cipta perlu dirakam dan divideokan berdurasi antara 3 - 4 minit.

  7. Video boleh disimpan dalam pilihan format MP4 / AVI / WMV.
  8. Persembahan video bergantung kepada kreativiti masing-masing dan sebarang penerangan berkaitan projek boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
  9. Setiap penyertaan akan diberikan SATU (1) Sijil Penyertaan dan SATU (1) Sijil Pingat serta Pingat (jika berkenaan). Penambahan sijil dan pingat akan dikenakan bayaran tambahan iaitu RM5 dan RM30 masing-masing.

​SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DAN PERTANDINGAN

  1. ​Penilaian akan dilakukan oleh DUA (2) orang panel yang telah dilantik mengikut kepakaran masing-masing.

  2. Peserta yang layak ke Top 3 bagi setiap kategori akan dijadualkan menyertai Sesi Pitching Online dan sesi soal-jawab bagi penentuan pemenang terbaik bagi setiap kategori.

  3. Penilaian adalah berdasarkan:

  • Kualiti projek (Kreativiti, Nilai keaslian, penggunaan dalam menyelesaikan masalah, kefungsian, potensi pengkomersialan, status harta intelek) - 70 Markah​

  • Persembahan (persembahan, tahap pengetahuan, usaha) - 30 Markah

​SYARAT-SYARAT TAMBAHAN

​

​

  1. Setiap penyertaan hendaklah dihantar secara dalam talian melalui alamat pautan yang disediakan. Penyertaan yang tidak lengkap tidak akan diterima oleh pihak penganjur.

  2. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkaitan.

  3. Semua keputusan juri dan ahli jawatankuasa penilaian adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

​

    * pindaan akan dilakukan jikalau berkeperluan.
 

PENILAIAN PERTANDINGAN

HADIAH DAN SIJIL PENCAPAIAN

Medal EMAS/PERAK/GANGSA + Sijil

Sijil untuk pencapaian EMAS, PERAK dan GANGSA akan diberikan kepada peserta yang mendapat markah berdasarkan julat yang ditentukan.

​

 

Pemenang Terbaik Bagi Setiap Kategori : RM200 + Sijil + Plak


Anugerah Pitching Terbaik : RM100 + Sijil + Plak


Anugerah Video Terbaik : RM100 + Sijil + Plak


Anugerah Poster Inovasi Terbaik : RM100 + Sijil + Plak


Anugerah Inovasi Terbaik : RM300 + Sijil + Plak 


Anugerah Inovasi Muda
Kategori Pelajar Institusi : RM300 + Sijil + Plak
Kategori Pelajar Sekolah : RM300 + Sijil + Plak

 

Anugerah Khas Juri : RM500 + Sijil + Plak
 

Yuran Penyertaan

Yuran penyertaan untuk setiap kumpulan : RM150.00

(Yuran tidak dikembalikan sekiranya peserta menarik diri dari pertandingan).

Kaedah Pembayaran Yuran ke akaun Koperasi PMBS Berhad:

​

Masukkan 

Recipient Reference:  BIF 2022

Other Transfer Details: Nama Penuh Ketua Kumpulan

​

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi urusetia:

  • Whatsapp
Emirudziawati binti Juni  016-8972612
Liew Jan Fui  016-8315315
Emilyn Anak Nojen 014-5904153
Link untuk pendaftaran: bit.ly/3EyRfG6
Kategori
Syarat
Hadiah
Pengenalan
Yuran Penyertaan
Hubungi Kami
bottom of page